6

Tips Mencari Rumah Sewa dengan Harga Yang rendah

Tips Mencari Rumah Sewa Dengan Harga Yang Rendah

Tips Mencari Rumah Sewa : Alhamdulillah, kini genap setahun lebih kami tinggal di rumah yang sekarang nie. Rumah teres landed. Owner pun baik sangat, harga memang terlajak murah dah. Sekarang rata-rata kalau nak sewa di Sri Gombak RM 1000 keatas. Alhamdulillah, rezeki kami dapat sangat2 murah. Moga owner tu kekalkan sewa sampai bila-bila. Inshaa Allah Aminn.

     Haa, nak tahu tak apa tips mencari rumah sewa dengan harga yang rendah dan sesuai dengan bajet anda?Ceritanya, sebelum ni kami tinggal di Flat Taman Melati . Memang dekat dgn LRT sampai boleh dengar LRT sampai stesen gitu. Dalam 5 minit jer jalan kaki. Pastu dekat pulak dgn tempat shopping M3 Mall, nak beli ikan pun jalan kaki je.

     Tapi apa yang x best nya adalah time nak parking. Kadang berebut, kadang-kadang kene block. Turning point dia bila kereta calar bergeser dengan kereta orang lain walaupun dah parking elok je dalam kotak. RM 1000 jugak melayang nk ketuk dgn cat balik.

     Jadi bermulalah perjalanan kami mencari rumah sewa baru.Haa nk pendekkan cerita ini tips mencari rumah sewa yang kami guna waktu nak cari rumah sewa yang kami duduk sekarang.

  1. 3 bulan sebelum kontrak tamat memang kami dah bulat hati nak pindah dari situ. Jadi bermulalah episod 90 hari mencari rumah sewa. Ha korang memang kene plan awal. Plan nie termasuk berapa bajet yang korang rasa “berbaloi” untuk sewa sebulan. Makna kata kalau ada je iklan rumah yang berharga seperti bajet yang anda tetapkan tu, terus je deal untuk book. Tak perlu dah nk survey2 lagi. Nanti orang lain yang akan rembat dulu.

Tips mencari rumah sewa yang seterusnya , rajin scroll Mudah.my

2. Setiap hari cek dekat website mudah untuk listing terbaru. Biasanya mudah dia ada timing yang dia approve iklan-iklan daripada pengiklan nie. Jadi korang kaji bila mudah start publish iklan tu supaya korang jadi orang terawal yang lihat iklan tu.

Tak silap haritu dalam pukul 10 pagi, 5 petang, dan 10 malam. Waktu nie lah yang kami akan bukak mudah untuk cek listing terbaru. Haa takde lah korang kene bukak mudah je memanjang satu hari tu kan. Nanti tak sempat bukak Al-Quran pulak.

3. Setiap kali view rumah bawak terus duit deposit. Ha, ini tips mencari rumah sewa yang ramai orang tak tahu. Kadang-kadang agent / owner nie dia bawak viewing skali dengan bakal penyewa lain.

So korang dah standby duit depo tu kira bagi confident skit lah dekat owner / agent untuk bagi sewa rumah tu dekat korang. Ada sekali tu kami terpaksa lepaskan satu rumah sewa murah nie sbb penyewa lain yang datang untuk view rumah tu siap mintak dengan kami bagilah rumah tu dekat dia.

Macam-macam lah dia bagi ayat urgent lah apa lah. Jadi kalau korang tak strong masa nie, habislah bergaduh pulak dekat sana. Kalau nk selamat tanya lah dulu agent/owner tu, ada tak orang lain yang dia bawak view skali dengan kita. At least kita nie mentally prepared. Inshaa Allah ada rezeki bagi mereka yang sabar dan solat. Itulah antara ujian Iqa masa mencari rumah sewa.

     Alhamdulillah, dah hampir setahun kami duduk di rumah sewa baru ni. Dan setakat ni tiada apa2 masalah pun. Dan dalam setahun tu juga Iqa mula consume supplemen Shaklee untuk sihat dan cantik.

     Hee, kalau namanya perempuan mesti nak cantik kan. Projek memikat hati suami gitu. Dalam tempoh setahun tu, Iqa makan ESP, Vitamin C dan Vitamin E dengan tujuan untuk menghilangkan parut jerawat. Alhamdulillah, siapa yang consume je tahu kesan dia hehe. Ok lah nak siap-siap pergi Shaklee National Conference hari ni. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian Iqa mengenai tips mencari rumah sewa ya. Ok bye. Wassalam

Penulis,
IQA
019-730 7057
Rakan Nutrisi Anda

set spa

Dapatkan Set Kecantikan Dan Spa Di Sini

Jangan Lepaskan peluang keemasan untuk mempelajari ilmu bagaiman Cikpuan Ainul dapat memiliki wajah yang cantik mulus tanpa terdedah kepada bahan-bahan merbahaya!

Nurul Syafiqah
 

Passion in Natural Beauty & Nutrition. Love sharing. The more you give, the more you get

Click Here to Leave a Comment Below 6 comments