Tips Kuruskan Badan dengan Selamat Tanpa Perlu Berlapar

Tips Kuruskan Badan Dengan Selamat.

Malaysia adalah antara negara Asean yang berada di kedudukan tertinggi dalam masalah obesiti. Menurut Harian Metro, masalah kegemukan di Malaysia semakin parah akibat pemakanan yang tidak seimbang. Sebenarnya, untuk mengatasi masalah obesiti atau ingin memiliki tubuh badan yang sihat adalah tidak mudah seperti yang di sangka. Pada pendapat Iqa, semua orang mampu kurus tidak kira pangkat , jantina atau umur. Apa yang penting anda mampu berdisiplin dan cakna dalam setiap makanan yang diambil. Ok, jom Iqa kongsikan tips kuruskan badan dengan selamat tanpa perlu berlapar.

 

Tips kuruskan badan yang pertama adalah anda perlu setkan minda anda untuk kurus. Apabila anda membuat keputusan untuk kurus, anda perlu buat dengan bersungguh-sungguh.Anda kena terus buat perancangan dan jangan bertangguh serta berlengah. Sebagai contoh, esoklah, bulan depan lah, eh nantilah time puasa baru diet. Kalau macam ni gayanya memang tak menjadi. Ingat ! Terus buat.  Lagi satu cara lain adalah mungkin anda boleh cari sesuatu yang boleh memberi anda inspirasi dan semangat untuk kurus seperti keluarga, kawan atau seseorang.  Dan seterusnya apa yang perlu anda buat adalah rancang pemakanan dengan makanan yang sihat. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

 

Seterusnya, tips kuruskan badan secara selamat adalah anda perlu makan dalam kuantiti yang sedikit. Anda jangan risau ini tidak akan membuat anda berasa sentiasa lapar kerana anda perlu makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap. Pastikan anda minum air masak sebelum makan untuk mengisi ruang dalam perut anda atau makan makanan yang masam untuk menyekat selera anda nanti. Bagi anda yang bekerjaya, di galakkan untuk membawa bekal sendiri atau masak di rumah. Pastikan makanan anda kurang berlemak, berminyak, berkalori tinggi, manis serta kurang bahan pengawet.

tips kuruskan badanTips kuruskan badan yang keempat adalah rancang waktu makan malam anda. Kalau boleh makan sebelum pukul 7.00 malam. Kalau anda nak tahu, makanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk di hadam. Sebagai contoh, jika anda makan pada pukul 8 malam, jadi anda perlu tidur pada 12 tengah malam.  Kalau anda tidur awal dari 12 malam, alamatnya jadi lemak lah makanan anda. Lagi bagus, kalau anda boleh belajar cara mengira kalori yang diperlukan oleh badan anda. Contoh, jika badan anda memerlukan 1500 kalori dalam sehari, jadi anda perlu mengambil makanan yang 1000 kalori sahaja.  Sebab kalau nak turunkan berat badan, anda kena tolak 500 kalori.  Jika anda ingin tahu lebih details cara mengira kalori dalam badan anda, sila rujuk formula dan contoh di bawah :

Cara Mengira Kalori

BMR x DCR

DCR = individu kurang bersenam / malas nak bersenam / buat kerja ofis ja = 1.2

aktif sikit-sikit/ ikut suka nak bersenam bila/ 1-3x seminggu bersenam = 1.375

 aktif bersenam / 3-5 kali seminggu bersenam = 1.55

 rajin sangat bersenam/ terlebih aktif 6-7x seminggu = 1.725

terlampau aktif bersenam / 2x sehari bersenam = 1.9

Cara pengiraan :

PEREMPUAN = 655 + ( 9.6 x berat (kg) +(1 .8 x tinggi (cm) - ( 4.7 x umur ) x DCR

Contoh Cara Kira Kalori Perempuan

Tips kuruskan badan

LELAKI = 66 + ( 13.7 x berat (kg) + (5 x tinggi (cm) - ( 6.8 x umur ) x DCR

 Contoh Cara Kira Kalori Lelaki

Tips kuruskan badan

tips kuruskan badanKalau anda perasan, badan kita tidak tahu perbezaan lapar untuk makan dan dahaga untuk minum. Sebenarnya, boleh terjadi badan kita akan lapar bila kita kurang minum air. Maka disinilah kesilapan ramai orang, mereka sangka lapar itu perlu makan. Jadi pastikan badan anda mendapat air yang secukupnya. Apa yang penting perbanyakkan minum air masak kerana minum air masak adalah salah satu cara mudah dan terbaik untuk menurunkan berat badan. Ada formula mengatakan setiap 25 kg berat badan, anda memerlukan 1 Liter air. Jadi, sebagai contoh jika berat badan anda 80 kg, badan anda memerlukan lebih kurang 3.5 liter air. Jika badan anda kekurangan air, boleh menyebabkan toksin tersimpan didalam badan dan sukar di buang melalui air kencing dan seterusnya menyebabkan lemak susah disingkirkan.

 

Tips kuruskan badan yang kelima adalah anda perlu elakkan makanan dan minuman yang tinggi gula. Teliti setiap makanan yang anda ambil. Kalau anda nak tahu minuman berkarbonat seperti PEPSI, Coke dan yang sewaktu dengannya tersangatlah tinggi kadar gula nya. Cuba elakkan dan gantikan dengan air masak . Ada juga yang mengatakan minum air green tea menggantikan air masa sepanjang hari boleh mengurangkan keinginan untuk makan makanan yang manis. Kalau anda tidak dapat mengawal pengambilan kadar gula dan selalu minum air berkarbonat, percayalah diet anda pasti tidak menjadi dan mungkin yang lebih teruk anda menghidap penyakit diabetis.

 

Tips kuruskan badan yang keenam adalah banyakkan pengambilan buah-buahan. Buah-buahan ni kalau anda tahu, ia banyak sangat khasiat semulajadinya serta membekalkan nutrien seperti vitamin, fiber dan anti oksidan. Jika anda mempunyai masalah sembelit, disarankan untuk makan buah-buahan yang tinggi serat atau fiber seperti pisang, buah naga dan jambu batu. Pasti lawas pembuangan anda.

 tips kuruskan badan

 

Seterusnya, kalau anda nak kuruskan badan dengan aktif anda perlu rajin bersenam. Andaikata anda tidak rajin bersenam, selalu lah membuat akttiviti ‘mini’ senaman .Contohnya, berjalan kaki dengan cepat, jika anda memandu ke tempat kerja, letakkan kereta anda jauh sedikit dari pintu masuk ofis anda. Selain itu,rajin-rajinkan diri menggunakan tangga berbanding lift. Jika anda rajin bersenam, jantung anda dapat bekerja dengan lebih cekap. Selain itu, denyutan kadar nadi anda akan meningkat seterusnya dapat mencegah dari masalah pengerasan arteri. Kalau anda nak tahu, penyakit jantung dan angin ahmar(strok) di sebabkan oleh tekanan darah yang tinggi yang berpunca dari arteri yang keras. Haa, takut tak?

 

Oklah, tips yang terakhir jika semua tips diatas anda malas nak ikut semua, meh roger Iqa. Iqa akan bantu anda untuk menurunkan berat badan dengan cara diet yang sihat tanpa perlu berlapar, amalkan supplemen untuk meningkatkan tahap metabolisma didalam badan anda serta dapat membuang toksin dan lemak-lemak degil di dalam badan. Iqa akan mencadangkan supplemen Shaklee yang sesuai mengikut masalah yang anda hadapi. Jom Iqa perkenalkan contoh set kurus dan diet dengan Shaklee. Set ini sesuai untuk orang yang’kurang’ rajin mengira kalori yang di perlukan dan yang ingin kurus bergantung dengan set supplemen 70%. Kalau ada nak tahu, terdapat 4 item dalam set  kurus Shaklee @set diet kurus Shaklee ini.

Set Kurus Shaklee

 

  • Lecithin– Memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan dan membantu melancarkan peredaran darah.
  • Herblax – Agen pencuci usus @ detox. Juga berfungsi membuang semua khazanah2 💩 dari usus
  • Cinch Shake– Kandungannya yang tinggi serat dan protein membantu anda rasa kenyang dan puas. Ia juga kaya dengan leucine yang berfungsi mengekalkan otot anda semasa menurunkan berat.
  • Cinch Tea – Berfungsi untuk meningkatkan metabolisma dalam badan serta membekalkan tenaga.

 

ataupun ada pilihan ekonomi, set kurus yang lain. Nak tahu details boleh roger Iqa ye . Nanti Iqa akan cadangkan produk yang sesuai mengikut tahap kesihatan anda.

Jika anda menjaga pemakanan, melakukan sedikit aktiviti senaman serta mengamalkan set kurus Shaklee ini, inshaAllah anda akan dapat lihat kesannya. Moga anda mendapat result seperti yang anda impikan. Pesanan Iqa, perbetulkan niat anda untuk kurus dan patuh syariah. Contoh, ya Allah aku nak kurus supaya sihat, mudah beribadah, tidak mudah berasa mengah, dan nampak cantik untuk suami. Haa, dapat pahala terus. Janganlah niat nak kurus supaya dapat pakai baju yang ketat2 tau. Iqa babab nanti. Kalau pakai dalam rumah tak pe juga.

”Jom Amalkan Gaya Hidup yang Sihat”🏃🏊🚴

 

Penulis,
IQA
019-730 7057
Rakan Nutrisi Anda

set spa

Dapatkan Set Kecantikan Dan Spa Di Sini

Jangan Lepaskan peluang keemasan untuk mempelajari ilmu bagaiman Cikpuan Ainul dapat memiliki wajah yang cantik mulus tanpa terdedah kepada bahan-bahan merbahaya!

Nurul Syafiqah
 

Passion in Natural Beauty & Nutrition. Love sharing. The more you give, the more you get

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments