Rahsia di Sebalik Makanan Sunnah vs Supplemen

Rahsia di Sebalik Makanan Sunnah : Kata-kata ini sering dikaitkan dengan kesihatan tubuh kita.

‘’Anda apa yang anda makan’’.

Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit”
( Hadis riwayat muslim) 

Kalau anda tahu, cuba senaraikan apa ya makanan Sunnah ?

shaklee

Ini adalah antara buah-buahan yang ada tertulis dalam ayat Al-quran

Hari ini saya tertarik untuk berkongsi rahsia mengenai 3 makanan sunnah yang biasa kita dengar dan sangat popular dalam sirah-sirah Rasulullah dan ayat al quran.

Rahsia di sebalik makanan sunnah yang pertama ingin saya ceritakan adalah madu. SubhanAllah, Maha Suci Allah. Kalau anda perasan madu ini  tidak boleh dibuat oleh manusia . Walaupun ada yang cuba meniru melalui kajian makmal atau sintetik pasti hasilnya tidak sama. Madu yang asli hanya boleh dihasilkan oleh lebah dan ia mengandungi  royal jelly, bee pollen, propolis dan terdapat bahan-bahan hebat lain yang tidak dapat dikenal pasti . Paling menakjubkan bahan-bahan ini tidak akan dapat boleh ditiru walaupun dengan olahan kimia oleh para saintis.

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Tips pilih supplemen

Demikianlah, sungguh hebat ciptaan makhluk Allah ini. Walaupun tubuhnya yang kecil, mampu mengeluarkan sejenis cecair yang dinamakan madu sehingga tertulis dalam ayat Al-Qur’an mengenai khasiat madu itu sendiri. Allah juga telah menyebut didalam al-quran madu adalah penawar yang dapat menyembuhkan penyakit.

Seterusnya saya ingin kongsikan rahsia makanan Sunnah madu ini untuk kita ketahui tahap keasliannya.Tips yang pertama adalah cuba anda masukkan madu tersebut ke dalam freezer. Madu asli tidak akan membeku walaupun diletakkan di dalam peti beku. Dan cara yang kedua adalah, letakkan madu sedikit di atas piring, dan tinggalkan seketika. Jika madu  tersebut dikerumuni semut, bermaksud itu adalah madu tiruan.

Kurma, Tamar atau rutab adalah salah satu makanan Sunnah yang biasa kita dengar. Biasanya pada bulan Ramadhan kurma ini sangat sinonim kerana umat Islam akan membiasakan berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Apakah rahsia makanan Sunnah kurma ini?

Kurma, Tamar atau Rutab merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang boleh dimakan sama ada ketika ia masak ataupun masih mentah. Tahukah anda, ada sejenis kurma yang dipanggil kurma Ajwa dan biasa digelar dengan kurma nabi.

Menurut kajian sains, sebiji buah kurma mempunyai anggaran lebih kurang 8.0% serat dan 2.5% protein. Paling menarik sekali bagaimana sebiji kurma yang kecil ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi iaitu 63.0% dan majoritinya adalah glukosa. Dan yang paling saya pelik, kurma juga mempunyai lemak. Tapi anda jangan risau kandungannya adalah sangat rendah iaitu 0.4% sahaja. Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin seperti fosforus, sodium, potassium, kalsium, zat besi, vitamin A&C serta niasin. Begitu hebat ciptaan Allah, hanya sebiji kurma yang kecil tapi mempunyai pelbagai mineral yang berkhasiat.

Tips pilih Shaklee

“(ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam 23-25).

Rahsia di sebalik makanan sunnah kurma ini, telah terbukti melalui satu kisah di dalam Alquran iaitu kisah ketika Maryam sakit dan dalam keadaan lemah untuk melahirkan Nabi Isa A.S. Allah menyuruh Maryam menggoncang pokok tamar dan Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Ini dapat membuktikan bahawa kurma sebagai sumber tenaga, penyembuh dan zat lengkap bagi manusia.

Rahsia di sebalik makanan Sunnah yang terakhir adalah susu kambing. Sirah menceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W mula mengembala kambing seawal umur 2 tahun. Maha Suci Allah, sesungguhnya Nabi Muhammad memiliki keistimewaan iaitu badannya cepat besar. Pada umur 5 bulan baginda sudah dapat berjalan dan pada umur 9 tahun baginda sudah petah berbicara. Apa yang ingin saya kaitkan adalah, susu kambing adalah salah 1 makanan sunnah yang selalu diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Antara khasiat susu kambing adalah ia diperkaya dengan mineral, vitamin, protein serta lemak dan ia sangat penting untuk sel-sel otak berhubung. Enzim dan neurotransmitter yang terdapat pada susu kambing itu sendiri dapat membekalkan tenaga kepada otak.

Rahsia di sebalik makanan sunnah

Fakta yang perlu anda ketahui, Rahsia disebalik makanan Sunnah susu kambing adalah adalah susu terbaik selepas susu ibu. Kenapa ia dikatakan sebegitu ? Menurut kajian, protein susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini hampir sama dengan protein yang ada didalam susu ibu. Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, digalakkan untuk mengamalkan susu kambing kerana susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus serta mudah diproses oleh perut. Selain itu, susu kambing ini bersifat alkali dan tidak seperti susu lembu yang bersifat asid. Jadi ia dapat meneutralkan asid di dalam badan.Apa yang menarik sekali mengenai susu kambing ni, ia mempunya asid lemak yang baik (Asid Capric dan Caprylic) yang mana dapat meningkatkan tenaga dan mencegah jangkitan kulat.

Marilah kita menghidupkan amalan pengambilan makanan sunnah. Sesungguhnya terlalu banyak khasiat makanan sunnah ini dan jika kita meneruskan gaya amalan pemakanan Rasulullah inshaAllah, tubuh badan akan lebih sihat serta otak semakin cerdas.

Ada juga yang bertanya kepada saya, mana yang lebih baik Makanan Sunnah atau Supplement?

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yg ada di bumi, yg halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yg terang nyata bagi kamu”. ( Surah Al-baqarah, 168)

Berdasarkan dari ayat di atas, jelas bahawa Allah menyuruh kita makan apa sahaja yang ada di bumi asalkan halal lagi baik.  Jadi, tiada masalah untuk ambil makanan Sunnah atau supplemen selagi ia tidak diambil secara berlebihan.

Sejujurnya saya sendiri pengamal makanan supplemen iaitu Shaklee dan saya juga mengamalkan makanan Sunnah, kurma, madu dan susu kambing. Supplemen ini bermaksud makanan tambahan dan ianya diambilkan untuk melengkapkan keperluan nutrisi dalam badan dan supplemen ini bukannya diambil untuk menggantikan makanan seharian. Jadi, rasanya ia bukan masalah yang perlu diperbesar-besarkan bagi orang yang menolak pengambilan supplemen.

Untuk pengetahuan anda, supplemen ini terbahagi kepada 2 iaitu semulajadi dan sintetik. Cara mudah nak membezakan vitamin semulajadi dan vitamin sintetik adalah silica gel.

Tips Shaklee

Silica Gel

Vitamin sintetik kebiasaanya ada diletakkan silica gel untuk ‘preserve’ vitamin tersebut dan menyerap segala kelembapan. Selain itu mereka ada perbezaan yang lain iaitu :

Isi kandungan dan bahan-bahan

Vitamin sintetik kebiasaanya dihasilkan dari pengolahan bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan sama seperti dalam vitamin. Sebagai contoh, Vitamin C asid askorbik mempunyai formula empiric C6H8O6. Jadi dengan hasil kajian makmal dan gabungan bahan kimia molekul karbon, hidrogen dan oksigen dari apa-apa bahan maka terhasilnya asid askorbik yang sama dengan empirik formula C6H8O6 .

Vitamin semulajadi pula dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan. Sebagai contoh, Vitamin C semulajadi dihasilkan dari pati asid askorbik dalam buah limau dengan menyingkirkan seratnya.

Jadi, saranan saya kalau nak makan supplemen, pilihlah supplemen semulajadi, dan saya sendiri memilih Shaklee kerana produk yang dijamin 100% selamat, lulus KKM dan di yakini halal. Selain itu, produk Shaklee itu sendiri mempunyai ‘clinical study’ dan clinical result’  yang terbukti berkesan. Syarikat Shaklee juga sanggup melaburkan duit berjuta2, hanya untuk menjalani ujian kualiti, kajian dan pembangunan (R&D) terhadap setiap produk yang dihasilkan.  Cuba berfikir sejenak, ada x lagi syarikat supplemen yang melaburkan duit untuk buat research??

Shaklee

.

Oklah, kalau anda masih ragu-ragu dan sedang mencari supplemen, Jom makan Shaklee bersama-sama saya. Supplemen ini membantu melengkapkan mana-mana nutrisi yang kurang dalam badan anda. Sebagai contoh, jika anda kekurangan kalsium didalam badan, anda membuka peluang untuk mendapat penyakit osteoporosis, sakit-sakit tulang , risiko hilang gigi di usia muda dan lain-lain lagi. InshaAllah, kita mampu ikhtiar dan selebihnya tawakkal kepada Allah.

Kesimpulannya, makanan Sunnah dan supplemen kedua-duanya adalah baik jika diamalkan dengan cara dan kuantiti yang betul. Moga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Penulis,
IQA
Rakan Nutrisi Anda

set spa

Dapatkan Set Kecantikan Dan Spa Di Sini

Jangan Lepaskan peluang keemasan untuk mempelajari ilmu bagaiman Cikpuan Ainul dapat memiliki wajah yang cantik mulus tanpa terdedah kepada bahan-bahan merbahaya!

Nurul Syafiqah
 

Passion in Natural Beauty & Nutrition. Love sharing. The more you give, the more you get

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments