Bercuti di Sabah Bersama Keluarga, 3H2M

Bercuti di Sabah, 3H2M

Alhamdulillah, masa cuti sekolah bulan 3 haritu Iqa dan keluarga berpeluang bercuti di Sabah. Iqa pergi bercuti dengan suami, mak, ayah dan adik. Disebabkan ada beberapa kawan dan sedara yang terdekat tanya review pergi bercuti di Sabah ni, jadi dengan gembiranya marilah Iqa berkongsi pengalaman bercuti di Sabah sebelum dan semasa kejadian. Sambil-sambil tu boleh dijadikan nota , kalau next time nak pergi lagi kan.

Disebabkan kami pergi waktu cuti sekolah, jadi memang agak susah untuk mendapatkan tiket ‘flight’ dengan harga yang rendah. Alhamdulillah, berkat kesabaran menunggu akhirnya, ada juga promosi tiket flight murah waktu balik. Iqa jumpa last minit juga sebelum tarikh bercuti. Sebelum tu, Iqa selalu juga survey website2 ni (Air Asia, MAS dan Malindo).

Pemandangan Di Hadapan Ayana Holiday Resort

Ok, dipendekkan cerita , apa yang Iqa buat sebelum pergi bercuti di Sabah (x pendek juga, hehe) :

  1. blogwalking: Iqa jalan-jalan blog orang lain, baca review dekat blog2 untuk cari tempat apa dan apa makanan menarik dan sedap di KK dan buat to do list.
  2. booking hotel, kereta sewa dan tiket flight awal2.

Untuk penginapan hotel, memang Iqa survey dekat Traveloka je lepas Iqa buat perbandingan dengan yang lain seperti booking.com dan Trivago. Serius memang murah di Traveloka dan tiada kos tersembunyi. Kita bayar harga yang dipaparkan.

Untuk kereta sewa pula, Iqa sewa dengan En Raziman, 012-960 0702 . Lepas Iqa survey2 dekat internet, perkhidmatan beliau yang paling murah dan juga servis yang berpuas hati. Sangat murah berbanding yang lain dan sangat recommended. Iqa pun rasa mudah berurusan dengan En Raziman ni .

Seterusnya yang paling penting nak bercuti di Sabah adalah tiket flight. Tiket flight ni kalau boleh, book awal-awal. Kadang lagi murah kalau Air Asia buat promosi. Untuk tiket flight, Iqa ada beli dengan Traveloka dan ada yang direct Air Asia. Kena survey juga Malindo dan MAS . Haritu, Iqa x sempat grab masa Malindo buat promosi sebab kebanyakan dah penuh. Sob2 .

Ini antara tips yang Iqa apply untuk cari tiket flight murah. Iqa dapat ilmu sikit-sikit survey tiket murah dekat blog depa la ni. >> http://www.ohsem.la/transit/lelaki-ini-share-trik-beli-tiket-flight-murah-no-2-6-tu-ramai-tak-tahu-1.506006 Jadi , Iqa akan mula survey setiap Selasa dan malam Rabu.

Ok, seterusnya Iqa ceritakan itinerary di hari kejadian bercuti di Sabah 17-19 Mac 2017

Hari pertama ( Jumaat, 17 Mac 2017 )

–  Tiket flight ke Kota Kinabalu pukul 6.40 pagi dan alhamdulillah sampai KK dalam 9.15 pagi.

–  Ambil luggage, kereta sewa dan lunch terus.

-Lepas lunch, Iqa dan suami terus survey tiket boat untuk ‘Island Hoping’ esok. Suami buat keputusan  beli tiket boat kat kaunter no 5, Borneo Ferry Travel & Tours. Pandai nego2, dapat harga murah. Mula2 kami beli tiket untuk 3 pulau, RM 250 untuk 5 orang, siap sekali sewa alatan seperti goggle dan lifevest. Tapi risau sebab bawa mak ayah , takut mereka  x larat seharian di pulau, jadi kami buat keputusan untuk pergi 2 pulau dengan harga RM 200.

-Dalam pukul 1 tengah hari macam tu kami  check in hotel di Grand Borneo Hotel . Hotel ni jauh dari bandar KK dalam 7 km . Iqa rasa bersyukur sebab rasa x salah pilih hotel. Sebenarnya, bila dah sampai KK baru perasan, bandar KK agak sesak juga. Jadi rasanya, kalau Iqa pilih hotel yang berada di bandar KK, agak membazir masa juga sebab kebanyakan hotel tiada tempat parking. Grand Borneo Hotel pilihan terbaik kami, sebab bilik best, kemas, bersih dan berbaloi dengan harga. Parking terhad tapi x pe kalau penuh boleh parking tingkat atas area mall.

Breakfast di Grand Borneo Hotel. Ni baru 'round' pertama

-Seterusnya kalau bercuti di Sabah @ KK, tak sah kalau tak makan seafood kan. Jadi untuk makan malam kami makan  di Todak Waterfront. Dekat sini banyak sangat kedai seafood, rambang mata kami nak buat pilihan. Akhirnya kami pilih Gerai Santai Haji Manja sebab dah baca review beberapa blogger yang kedai ni recommended. Overall ok sangat kedai ni. Seafood pun fresh dan rasa manis dia. Perghh, masih teringat2 sampai sekarang. Rasa nak pergi lagi semata-mata nak makan fresh seafood .Masakan boleh tahan sedap.

– Lepas makan malam, kami  jalan-jalan di Pasar Filipina dan sekitarnya. Kalau ada yang nak beli souvenier ke pun boleh. Kalau anda ada kawan-kawan atau sedara yang boleh cakap Sabah lagi bagus. Biasala kan, peniaga2 ni kalau pelanggan orang luar mereka akan tekan harga. Selamat Iqa ada sepupu kerja Sabah, haa, x dapat la peniaga tu nak klentong kan.

– Seterusnya, sepupu Iqa bawa ‘road tour’ bandar KK dan dalam pukul 10.30 malam terus kami balik hotel.

Hari Kedua ( Sabtu, 18 Mac 2017 )

Hari kedua bercuti di Sabah bangun dengan penuh senyuman. Yelah Iqa x sabar-sabar nak snorkeling. Pertama kali kot. Eksaited lain macam.Hehe. Pukul 7 pagi kami turun breakfast di hotel. Makanan breakfast pun ok , banyak pilihan. Iqa makan sepuasnya sebab plan nanti nak snorkeling puas2. Makanan hotel ni bukan x sedap tau, ok je tapi rasa kalau masak sendiri lagi sedap.Ehe perasan pulak.

– Pukul 8.30 pagi kami terus  bergerak ke Jesselton Point. Sampai jeti, ambil goggle, pakai vest dan tunggu boat sampai. Haa, uols jangan lupa bawa stokin, topi atau pakai Sunblock tau. Uols digalakkan pakai stokin supaya masa berjalan di pantai nanti kaki x terluka dan sakit kerana terpijak cangkerang2 . Lagipun kaki perempuan kan aurat dan dapat pahala menutup aurat  tau.  Iqa pula lupa bawa sunblock. Jadi merana la sekejap 2 minggu. Muka jadi gelap terbakar dan kulit menggelupas sebab nak ganti kulit baru kot.  Nampak sangat beza tona kulit.Alhamdulillah,  selamat la ada ESP dan Vitamin C Shaklee. Penyelamat Iqa. Iqa rasa cepat juga 2 minggu kulit kembali normal sebab makan supplement semulajadi kan. Uols hati-hati tau kalau ada produk kecantikan yang menjanjikan kulit putih atau bebas jerawat seawal 3 hari ke, pendek kata yang cepat sangat tu, kesan kemudian hari kita x tahu.

Menunggu giliran untuk naik boat di Jesselton Point

– Pukul 10 pagi sampai la kami di pulau Mamutik dan It’s the time for snorkeling. Yeah!. Berenang dan snorkeling la dengan bahagianya, Ya Allah, nampak ayah senyum tanda seronok x dapat nak terungkap dengan kata-kata. Tertunailah hajat nak bawa ayah melancong dengan naik flight. InshaAllah ada rezeki lebih kita pergi oversea pula ya, kalau dapat pergi Umrah bersama lagi bagus. Aminn.

-Pukul 12 tengah hari kami berpindah ke Pulau Manukan. Akiviti sama, berenang dan snorkeling. Digalakkan uols bawa makanan sendiri ya. Sebab kalau beli makanan di pulau harga memang berganda-ganda. Lepas Iqa, dah pergi kedua-dua pulau, pendapat Iqa, Iqa lebih suka pulau Mamutik. Sebab air yang lebih jernih dan ikan lebih banyak dekat dengan pesisir pantai. Kalau dekat Manukan kena berenang jauh sikit baru nampak banyak ikan. SubhanAllah, apa-apa pun memang cantik sangat pemandangan pulau dia. Memang boleh dikatana ‘zero’ pencemaran. Ikan tu kita nampak rasa macam nak pegang dan tangkap je. Best-best bercuti di Sabah ni.

–  Aktiviti utama bercuti di Sabah hari ni habis dalam pukul 2 petang. Pukul 2 kami bertolak balik semula ke Jesselton Point.  Bersiap2 tukar baju dan solat. Time ni Iqa bawa balik hadiah dari pulau iaitu duri landak. Ya Allah, sakit yang teramat x terkata. Kalau uols nanti pergi snorkeling hati2 ya, jangan eksaited sangat sampai terpijak landak laut. Lepas tu ada brader yang jaga pantai, sembur2 dengan air apa ntah, terus hilang sekejap rasa sakit. Tapi kalau jalan memang berdengkit, sebab x boleh menapak. Tapi kalau anda ada rasa effect lain macam gatal2 atau pening ke, di nasihatkan jumpa doktor.

Semua Gelap Sebab Sun Burn Nasib Baik Ada Shaklee !

– Seterusnya, kan Iqa dah cakap memang x puas makan seafood kat sini.Hari ini kami repeat makan seafood lagi. Awal kami makan malam dalam pukul 6 mcm tu. Memang x puas rasanya. Kalau boleh hari2 nak makan seafood. Kami makan di Gerai Sinar Delima (Masakan Jawa Special). Lepas makan, Iqa sangat recommend kedai ni uols. Memang thorbek lah. Untuk orang2 jawa macam kami.hehe Kiranya masakannya memang memenuhi citarasa kami. Ada sambal belacan lagi.. Memang makan diibaratkan  x pandang kiri kanan dah.

– Selepas makan malam dan pergi klinik, dalam pukul 8.30 malam kami terus bertolak ke Kundasang untuk aktiviti bercuti di Sabah yang seterusnya. Seeloknya kalau nak ke Kundasang , perjalanan waktu siang lebih baik. Perjalanan dalam 1 jam setengah ke 2 jam. Kalau uols nak tahu jalan lepas Tamparuli tersangatlah bengkang bengkok dan berbukit. Jadi sangat perlu berhati2 terutama yang memandu pada waktu malam. Kalau kenderaan manual agaknya lagi best.

– Alhamdulillah, dalam pukul 10 malam kami sampai dan terus check in di Ayana Holiday Resort. Pemandangan resort ni  tersangat cantik. Sedap mata memandang, di penuhi dengan bunga-bungaan.Pendek kata landskap yang cantik dan teratur. Cuma kalau uols bawa orang berumur uols kena tahu fitness mereka. Sebabnya, alahai 1 je kelemahan resort ni iaitu tersangat banyak sangat tangga. Dari segi kemudahan yang lain, ok la. Iqa bagi 3.5 bintang. Cuma, malam banyak sangat binatang dalam bilik air. Uols digalakkan bawa sweater, sebab bila malam sangat sejuk boleh rasa sampai ke tulang.

Hari Ketiga ( Ahad, 19 Mac 2017 )

Iqa rasa sedih sikit, sebab hari ini hari terakhir ada di Sabah. Rasa x cukup 3 hari. Ya memang betul, banyak lagi tempat yang kami belum explore. Ladang teh Sabah pun x sempat pergi. Aktiviti hari terakhir bercuti di Sabah ialah melawat Desa Dairy Cattle Farm yang ala-ala lembu kat New Zealand tu.

Kami gerak agak lewat sikit dalam pukul 9 pagi macam tu. Almaklumlah penat semalam masih terasa lagi. Tu yang rasa bermalas-malasan.

Tapi tulah kami dah rugi 1 aktiviti kat ladang lembu tu. Haa, cuba teka? Hee, kami rugi x dapat tengok aktiviti memerah susu lembu secara live. Sampai sana dalam pukul 10 macam tu. Mereka baru je selesai memerah susu lembu. Jadi, kalau uols nak tengok aktiviti susu diperah datangla awal pagi dalam pukul 8 macam tu.

  • Apa aktiviti kami kat sini. Selfie dengan lembu puas2.Aha.. X delah, jalan-jalan, boleh bagi anak lembu makan, boleh lihat plant processing milk, tempat perah susu dan sebagainya. Yang paling x boleh lupa, pemandangan hijau yang membuatkan sedap mata memandang, cuaca yang panas tapi rasa tiupan angin yang sejuk bak kata pepatah angin sepoi-sepoi bahasa, sambil makan aiskrim fresh dan susu fresh produk keluaran ladang lembu ini sendiri.

Cantik Betul Pemandangan Dengan Desa Dairy Cattle Farm

Selesai aktiviti di Desa Dairy Cattle Farm, dalam pukul 12 tengahhari kami bertolak balik ke pekan Kundasang. Makan tengah hari dan solat Zuhur di pekan Kundasang. 

Dalam pukul 2 petang, dalam perjalanan pulang semula ke KK, kami singgah di Kinabalu Park. Kinabalu park ni hutan simpan atau kaki gunung yang biasa tempat untuk orang mulakan pendakian. Seronok sebab dapat lihat hutan hijau sekeliling. Jangan lupa benda penting  ambil gambar Mount Kinabalu as background.

Seterusnya lepas singgah Kinabalu Park, kami terus bergerak pulang ke KK. Dalam perjalanan pulang ke KK ada lalu juga rumah terbalik, tapi serius jujur sangat kami dah x larat. Rasa exhausted tersangat-sangat. Jadi , kami x singgah pun rumah terbalik tu.  Sampai KK dalam pukul 4 petang. Iqa sewa juga bilik hotel sekejap untuk melepaskan penat. Iqa ambil Yaho hotel sebab dekat dengan airport KK. Jadi berehat la kami semua dalam bilik hotel. Dalam pukul 6.30 petang, kami check out dan cari kedai makan untuk makan malam. Ada 1 kedai orang kelantan, memang sedap. Recommended. Tapi Iqa x tahu nama sebab sepupu yang bawa. Lepas makan terus pergi airport KK. Flight kami pukul 9.30 malam. Alhamdulillah selamat sampai di KLIA dalam pukul 12 malam   Bercuti di Sabah adalah pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Iqa sendiri teringat-ingat kesedapan fresh seafood, pemandangan pulau yang tersangat cantik dan tidak dilupakan juga kesakitan terpijak duri landak.  Sekian dari perkongsian pengalaman Iqa dan keluarga bercuti di Sabah. Adios 🙂

Penulis,
IQA
019-730 7057
Rakan Nutrisi Anda

set spa

Dapatkan Set Kecantikan Dan Spa Di Sini

Jangan Lepaskan peluang keemasan untuk mempelajari ilmu bagaiman Cikpuan Ainul dapat memiliki wajah yang cantik mulus tanpa terdedah kepada bahan-bahan merbahaya!

Nurul Syafiqah
 

Passion in Natural Beauty & Nutrition. Love sharing. The more you give, the more you get

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments